Letusan lelangit-gusi bersuara

IPA – nombor 104 (135)
IPA – teks d͡ʒ
IPA – imej
Entiti ʤ
X-SAMPA dZ
Kirshenbaum dZ
Mengenai audio iniContoh bunyi (bantuan·maklumat)

Letusan lelangit-gusi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara d͡ʒ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dZ dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, letusan lelangit-gusi bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi j (contohnya: jajah, anjak dan caj) seperti yang disetujui dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan dibangunkan bersama Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972.[1] Sebelum tahun 1972, ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang j mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang dj mengikut kelaziman bahasa Belanda.[1][2] Bunyi konsonan ini turut diwakili huruf Jawi جjim.

Ciri-ciri

Ciri-ciri letusan lelangit-gusi bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
  • Daerah artikulasinya adalah lelangit-gusi, iaitu belakang gusi melengkung (separa dipalatalkan), dalam erti kata lain disebut dengan daun lidah di belakang batas gusi, dan bahagian hadapan lidah dilengkungkan ke arah lelangit.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Melayu [[[Ortografi bahasa Melayu|jahat]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒahat] 'jahat' Rujuk fonologi bahasa Melayu
Arab Baku[3] جرسcode: ar is deprecated [d͡ʒaras] 'loceng' Rujuk fonologi bahasa Arab
Croatia [[[Abjad Croatia|ep]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒep] 'kantung'
Georgia[4] იბეcode: ka is deprecated [d͡ʒibɛ] 'poket'
Hindi [[[Devanāgarī|जाना]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒɑːnɑː] 'pergi' Rujuk fonologi bahasa Hindi-Urdu
Hungary [[[Abjad Hungary|lándzsa]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [laːnd͡ʒɒ] 'lembing' Rujuk fonologi bahasa Hungary
Inggeris [[[Ortografi bahasa Inggeris|jump]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈd͡ʒʌmp] 'lompat' Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Itali[5] [[[Abjad Itali|gemma]] ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈd͡ʒɛmːa] 'permata' Rujuk fonologi bahasa Itali
Jerman [[[Ortografi bahasa Jerman|Dschungel]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [d͡ʒʊŋəl] 'hutan belantara' Rujuk fonologi bahasa Jerman
Portugis Brazil[6] [[[Ortografi bahasa Portugis|grande]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ɡɾɐ̃d͡ʒi] 'hebat' Rujuk fonologi bahasa Portugis
Turki [[[Turkish alphabet|yatırımcı]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [jät̪ɯɾɯmd͡ʒɯ] 'pelabur' Rujuk fonologi bahasa Turki
Zapotec Tilquiapan[7] dxan [d͡ʒaŋ] 'dewa'

Rujukan

  1. ^ a b Asmah Haji Omar (1989), "The Malay Spelling Reform", Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2011
  2. ^ S. Takdir Alisjahbana (1976). Language Planning for Modernization: The Case of Indonesian and Malaysian. Den Haag: Mouton & Co. m/s. 61–62. ISBN 9783110819106.
  3. ^ Watson (2002:16)
  4. ^ Shosted & Chikovani (2006:255)
  5. ^ Rogers & d'Arcangeli (2004:117)
  6. ^ Barbosa & Albano (2004:228)
  7. ^ Merrill (2008:108)

Bibliografi

  • Barbosa, Plínio A.; Albano, Eleonora C. (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association, 34 (2): 227–232
  • Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquiapan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
  • Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121
  • Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association, 36 (2): 255–264
  • Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.


Daerah Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal